Assalamualaikum wrt syukur di beri kesempatan mencoretkan sesuatu sekali lagi. Tahun 2015 akan
meninggalkan kita tidak lama lagi.Apakah semua visi dan misi kita telah tercapai? Alhamdulillah
kita dapat mengharungi segala suka dan duka yang datang.Suka kerana segala hajat telah tercapai.
Duka dapat ditempuhi dengan redha.Pohon mna yg tidak ditiup angin, bumi mna ya tidak ditimpa
hujan. Hidup ibarat roda sentiasa berputar. Hidup mna tidak ditimpa gelombang. Yang baik kita
jadikan panduan yang buruk kita jadikan sempadan. Memori manis di tahun 2015 sentiasa menjadi
kenangan indah.Yg pahit biar hilang dlm lipatan sejarah.
Diharap tahun 2016 yg bakal menjelma akan memberi sinar dan harapan yg cerah.Bersamalah kita
berdoa supaya dirahmati dan diberkati ALLAH swt sentiasa.Jumpa lg di tahun 2016 Wassalam.
No comments:
Post a Comment