Syukur alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana diberikan kesempatan untuk meneruskan
penulisan.Tidak dapat digambarkan kegembiraan di hati kerana sentiasa disayangi oleh keluarga.Saat-saat
indah yang dilalui bersama sentiasa diidamkan. Masa berlalu begitu pantas.Tanpa disedari anak-anak
telah menginjak dewasa. Semoga Allah mengurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak.
Bukan balasan wang ringgit yang mama pinta cukuplah hanya sekadar doa dan ingatan di mana saja
anakanda berada.Ingatlah kepada Allah setiap masa supaya hidup anakanda diberkati dan di rahmatiNya.
Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah,jagalah tingkahlaku dan tuturkata.Semaikanlah sifat hormat-
menghormati terutama pada orang yang lebih tua.Janganlah terlalu taksub dengan kebendaan dan lupa
pada kerohanian.Sekian setakat ini dulu coretan dari hati mama.
No comments:
Post a Comment