Alhamdulillah ada kesempatan untuk menyambung coretan.Tahun 1993 suami dapat menyambung
pelajaran di UPM.Terpaksalah aku meminta tukar mengajar di SK Sri Serdang, Seri Kembangan,
Selangor. Tanggal 1hb September mulalah mengajar di sekolah baharu itu.Pengalaman yang tak
dapat dilupakan ialah mengajar anak-anak Bosnia yang comel dan juga pengalaman meredah
banjir setiap kali banjir kilat di sekolah itu. Tak pasti adakah sekarang masih lagi terjadi banjir kilat
setiap kali hujan lebat. Pengalaman yang paling manis ialah aku telah dikurniakan zuriat oleh Allah swt
setelah menunggu hampir 7 tahun.Tahun 1994 bulan Mei lahirlah puteri sulungku.Alhamdulillah rupanya
aku perlu berhijrah untuk mengandung.Walaupun perit kehidupan di kota yang sentiasa sibuk dengan
pendapatan yang cukup-cukup keadaan masih boleh dikawal.Waktu cuti sekolah sahaja kami dapat
merasakan suasana balik kampung walaupun lebuhraya masih belum siap sepenuhnya.Hujung minggu
pula kami mengunjung kakak yg tinggal di KL.Tahun 1996 bulan 3 aku selamat melahirkn seorang
putra pula.Alhmdulillah dgn pemberianMu ya Allah.Tahun ini juga aku mengucapkn selamat tinggal
pada sekolah ku yg ke 5 ini setelah suami tamat pengajiannya.
No comments:
Post a Comment