Saturday, 22 October 2016

Assalamualaikum,  alhamdulillah kita telah masuk ke tahun 1438 hijrah. Diharap hidup kita

akan drahmati dn dberkati Allah swt selalu. In shaa Allah doa-doa kita akan didengari Allah

dn memakbulkannya.Semoga Allah permudahkn segala urusan d dunia dn dberi kebaikan di dunia

dn akhirat.Sentiasa istighamah dlm ibadah wajib dn sunat. Diharap tawaran haji 1438 akan

berjaya in shaa Allah.Aaminn..

Tuesday, 23 August 2016

Assalamualaikum,telah sebulan masa berlalu tarikh 24 Julai 2016 majlis persaraan telah dilalui.

Masa di rumah terasa sangat lambat untuk sampai ke hujung bulan.Tidak sama seperti di sekolah

masa sekejap saja dilalui.Baru 2 minggu bangun pagi berjoging dah rasa tak larat nak diteruskan.

Kerja-kerja rumah seperti biasa, masak pn dh diulang menu2nya.Hanya rutin waktu malam

mesti diteruskn- menghantar anak pergi tusyen.Ya Allah hamba memohon RahmatMu, Berkatilah,

Permudahkanlah segala urusan, Berilah Kebaikan d Dunia dan Akhirat.

Subhallah..Alhamdulillah..Allahuakhbar..

Sunday, 7 August 2016

Assalamualaikum,

Selepas 2 minggu bersara barulah ada masa untuk meneruskan blog ini.Terlebih dulu saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Sk Kota Rentang yang telah

bertungkus lumus bagi menjayakan majlis sempena persaraan saya yang sangat meriah.

Walaupun kesuntukan masa kerana menunggu murid2 tahun 6 menghadapi Peperiksaan

Percubaan UPSR ia masih dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan

kepada waris2 yang sudi berkonvoi dengan lebih dari 35 buah motosikal didahului oleh kereta

peronda polis untuk menghantar saya hingga ke rumah. Ini adalah satu kenangan yang tak mudah

 dlupakan.

Kini bermulalah jadual aktiviti di rumah pula. Walaupun tidak terikat dengan waktu, aktiviti2

masih d jalankan seperti biasa. Kerja2 seorang suri rumahtangga tidak ada yang kurang.

InshaaAllah semoga dpermudahkan Allah segala urusan

Saturday, 4 June 2016

Assalamualaikum hanya tinggal sehari kita akan menyambut bulan Ramadan yg barakah.

Semoga ibadah puasa kali ini akan mendapat banyak pahala dari Allah swt.

Gunalah masa dan kesempatan utk mengimarahkn bulan ini.

Jauhi segala larangan yg akan mengurangkn ibadah puasa kita.

Ya ALLAH berilah kesempatan padaku utk meningkatkan ibadah ku di bulan mulia ini.

In shaa Allah.Aamiin..Wassalamualaikum wrbt.

Friday, 22 April 2016

Assalamualaikum bertemu kita sekali lagi.Khas untuk para pendidik teruskanlah kewajipan kita

yang penuh cabaran.Masa akan berlalu tanpa disedari tibalah saat kita akan bersara.Sebenarnya

tugas sebagai pendidik banyak manis dari pahitnya.Anggaplah ia sebagai tanggungjawab kita

untuk memastikan anak didik menjadi insan yang terpelajar dan berguna.Sudah menjadi

hasrat seorang pendidik untuk melihat anak2 didik berjaya dan cemerlang dalam pelajaran

mereka. Apakan daya tidak semua apa yang kita hajatkan akan tercapai.Teruskanlah usaha

wahai pendidik semua jangan jemu-jemu selaras dengan P d P abad 21.

Thursday, 31 March 2016

Lebih 35 tahun dalam dunia pendidikan adalah satu pengalamanan yg mengujakan.Bermula tahun

1981 dengan gaji lebih kurang RM300 adalah satu cabaran. Dengan duit sebanyak itulah aku

dapat berbakti kepada ibu dan yang paling manis dapat menghantar ibuku ke tanah suci.

Dapat juga pengalaman menyewa bilik berulang alik ke sekolah bersama kawan2.Menumpang kereta

kawan ke  sekolah dan berbasikal ke sekolah.Pernah beberapa tahun terpaksa bangun awal hingga

tidak sempat subuh ( aku memohon ampun ya Allah ) untuk mengejar bas.Paling seronok hanya

berjalan kaki ke sekolah semasa mengajar di Selangor.Pengalaman mengajar juga sangat mencabar.

Bermula dari KBSR hinggalah KSSR terpaksa berhadapan dengan karenah murid-murid.

Alhamdulillah kalau dapat murid-murid yg senang diajar.Dugaan juga jika terjumpa murid-murid

yang agak degil.Kepuasan dapat dirasai jika penat lelah kita mendapat penghargaan bila melihat

anak-anak didik berjaya dalam hidup mereka.Kini hanya tinggal lebih kurang 4 bulan utk

aku mengharungi dunia pendidikan.Semoga ia akan menjadi kenangan manis akhirku.

Tuesday, 22 March 2016

Assalamualaikum izinkn utk meneruskn coretan. Akhir tahun 1996 detik2 yg mendebarkn

Sekolah manakah yg akan ditempatkn utk tahun 1997.Saat-saat terakhir mndapat berita.

Aku akan dtempatkn di SK Kota Rentang.Keesokannya ku mengajak suami survey jalan

ke sana.Memang bukan cinta pandang pertama.Langkah pertama kena belajar motor jika

nk ikut jalan dekat melalui Taman Aman. Satu-satunya yg aku x mahu dr dulu naik motor.

Dh terpaksa apa nk buat.Hr pertama persekolahan mulalah perjalanan ku menaiki motorsikal.

Rakan -rakan telah mengalukn kedatangan ku.Sebelah petang mulalah ke Ilmu Baru proses

utk mengambil lesen moto.Maka bermulalah saat2 suka duka indah manis pahit mengajar

d sini.Sampai tidak terkira aku telah jatuh motor melalui jalan brbatu2 belum ditar.

Alhmdulillah akhirnya jalan pn dtar.Mungkin telah dtakdirkn akulah orang pertama yg

merasmikn jln tar di mna kereta kancilku telah terjatuh ke dalam taliair.Kenangan yg paling

pahit utk diingati.Hingga hr ini aku masih mengajar d SK Kota Rentang selama 19 tahun sebelum

hr persaraan 25 Julai ini.

Friday, 4 March 2016

Alhamdulillah ada kesempatan untuk menyambung coretan.Tahun 1993 suami dapat menyambung

pelajaran di UPM.Terpaksalah aku meminta tukar mengajar di SK Sri Serdang, Seri Kembangan,

Selangor. Tanggal 1hb September mulalah mengajar di sekolah baharu itu.Pengalaman yang tak

dapat dilupakan ialah mengajar anak-anak Bosnia yang comel dan juga pengalaman meredah

banjir setiap kali banjir  kilat di sekolah itu. Tak pasti adakah sekarang masih lagi terjadi banjir kilat

setiap kali hujan lebat. Pengalaman yang paling manis ialah aku telah dikurniakan zuriat oleh Allah swt

setelah menunggu hampir 7 tahun.Tahun 1994 bulan Mei lahirlah puteri sulungku.Alhamdulillah rupanya

aku perlu berhijrah untuk mengandung.Walaupun perit kehidupan di kota yang sentiasa sibuk dengan

pendapatan yang cukup-cukup keadaan masih boleh dikawal.Waktu cuti sekolah sahaja kami dapat

merasakan suasana balik kampung walaupun lebuhraya masih belum siap sepenuhnya.Hujung minggu

pula kami mengunjung kakak yg tinggal di KL.Tahun 1996 bulan 3 aku selamat melahirkn seorang

putra pula.Alhmdulillah dgn pemberianMu ya Allah.Tahun ini juga aku mengucapkn selamat tinggal

pada sekolah ku yg ke 5 ini setelah suami tamat pengajiannya.


Thursday, 18 February 2016

Assalamualaikum nak teruskan penulisan sekarang.Tahun 1987 baru bertemu jodoh alhamdulillah.

Bermulalah sessi pertukaran.Suami di SMK Syed Saffi, Perlis. Berat hati nak meninggalkn negeriku

Kedah.Mulalah intai sekolah2 yg dekat sempadan. Hajat hati nk minta SK Sanglang.Sayangnya

tahun 1988 bertukar ke SK Banai, Jitra. Usaha terus di buat untuk bertukar lg.Pada 16 Feb.memo

telah smpai utk mengajar d SK Batu 6 Sanglang.Terpaksalah berulang alik dr Anak Bukit ke Batu 6

Sanglang.Kesian suami lebih jauh.Kadang2 terpaksa naik bas jika suami ada hal.Terlupa pula tarikh

mula menyewa rumah di Simpang 4 , Perlis.Nak belajar hidup berdkari katakan. 3 tahun pn berlalu

apabila suami mendapat tawaran kursus setahun d Institiut Bahasa.Berpindah pula balik ke Anak

Bukit.Mulalah berulang alik sendiri ke Batu 6.Selepas 3 tahun  di SK Batu 6 berpindah pula ke

SK Seri Muda Air Hitam pd tahun 1991.Lupa juga tarikh mula membeli rumah di Taman Berlian

pada tahun 1991.( akan disambung )  

Friday, 8 January 2016

Coretan 2016

Assalamualaikum  kpd sesiapa yg sudi membaca coretan ini.Kita teruskn menghadapi liku2 hidup di tahun



2016. Semoga kita dapat mengharungi suka duka seterusnya.Amal yg baik kita teruskn yg buruk kita



tinggalkn.Amalkn berjimat cermat menghadapi hari2 yg mendatang.Tambahkn ilmu di badan .Istiqamah



dengan amalan menuju ke akhirat.Hanya peringatan khusus untuk diri sendiri amnya kepada muslimin muslimat



semua.Wassalam.