Tuesday, 1 December 2020

 Assalamualaikum ..lama dh x menaip.2020 dh hmpir ke hujung.

Bolehka mula merancang utk 2012? Rasa2nya tak perlukan.

Apa yg perlu dilakukn hanyalah berdoa.Ya Allah kau permudahkn

urusan kami di masa2 hadapan.Berilah kebaikan utk kami  di

dunia ini.Lindungilah kami keburukan.Bekallah kami dgn amal

ibadah utk persediaan mengadapMu.

2020 bakal berlalu.Semoga ujian covid akan ditamatkn.Cukuplah

selama 9 bulan ia menghantui kita.Ia cukup2 menginsafkn

insan2 yg tahu memikirknnya.Kuasa Allah telah menunjukkan

segala perancangan hanya akan berlaku dgn kehendakNya

sahaja..Kun Fayakun..Semoga kita istqamah dgn amal ibadah.



Friday, 31 July 2020

25Julai usiaku telah meningkat ke angka 60thn..Alhamdulillah..Dlm menjejaki

usia emas ku pohon Allah mengurniakn kesihatan yg baik supaya dapat terus

beribadah,bermusafir dn berdikari.

Aku bersyukur dikelilingi anak2 yg penyayang dn dapat menumpang kasih

Selagi ada  hayat.

Tiada lg teman hidup dapat menemani dikala sunyi..aku redha..

Semoga dapat ku teruskn hidup hingga ke akhir hayat selagi hidup

Masih ada.Sempena hr wukuf di Arafah ku panjatkn doa  agar aku

Dirahmati ,diberkati dn diredhai selalu..Aamiin.


Thursday, 25 June 2020

AssalamualAikum...lama sudah cuti coretan..patutnya mula cerita isu

Pandemik covid19. Dari 19 mac hingga 31 ogos 2020 negara isytiharkn

PKP,bersyarat hingga pemulihan.Semoga Allah angkatkn virus korona

Dari menyerang hambaNya.Walaupn ada hikmah  yg Allah berikn

Semasa Pkp diharap ia akan tamat segera.

Bermacam-Macam kerenah netizen mengeluarkn pendapat semasa

Pkp ni.ada yg betul,ada yg tularkn berita palsu.yang baiknya bannyak

Kelas2 pengajian dianjurkn secara online..Alhamdulillah..Sedihnya masa pkp

Tidak dapat sembhyang jemaah terawikh,balik kmpung beraya,tidak boleh

Merentas negeri lbih kurang 2 bulan.sekolah2 ditutup 3 bulan,pdp secara

Online.kasihan kpd yg hilang pendapatan dn pekerjaan walaupn

Kerajaan perihatin dgn memberi pelbagai bantuan.kehidupan mesti

Diteruskn dgn norma baharu.penjarakan sosial,hand sanitize,fask mask,

Beratur d pusat2 beli belah,hospital dsbnya menjadi rutin.warga emas dn

Kanak2 diberi keutamaan.Semoga Allah memelihara kita dr COVID19.

Aamiin.