Sunday, 16 June 2019

Musim haji tiba lagi...terus mengimbau thn 2017.Setelah setahun bersara tibalah masa yg ditunggu-tunggukn selama 10 thn..dapat melangkahkn kaki ke mekah al mukaramah menunaikn haji tanggal 30 julai 2017.
Sebak rasa hati saat melangkah pergi diiringi azan oleh jiran setaman.Semoga Allah merestui perjalanan ini.
Bertolak dr rumah waktu pagi dn terpaksa transit d Kelana Jaya yg menjadi sejarah bagi bakal- bakal haji bagi kali tahun terakhirnya.Tahun 2018 tempat transit beralih ke Movenpick Sepang.
1 pagi 1 Ogos 2017 pn tiba utk masa berlepas dgn MAS.Alangkah sedihnya tidak dapat duduk bersebelahan dgn suami disepanjang 8 jam penerbangan.
Alhamdulillah selamat mendarat di lapangan terbang Madinah AlMunawarah
Bermulalah ibadah ziarah dn ibadat bersama suami.Setelah seminggu menjalani ibadat pada suatu tengahari kelibat suami tdak kelihatan waktu makan di hotel.Hati ini positif mungkin suami iktikaf d masjid.Tibalah selepas asar masih tidak pulang.Hati dah tak sedap,terus bertanya pegawai bertugas.Alangkah sedihnya diberitahu suami berada di hospital Al Jefri,hospital TH di Madinah.
Lantas pegawai membawa melawat suami.Alangkah terkejutnya bila doktor memberitahu suami tak boleh berjalan kerana dua jari kakinya telah patah.
Lalu ku teringat sejak di tanahair lagi suami dah lambat berjalan.Rupa-rupanya ini lah sebabnya.Mungkin dia banyak kali jatuh motosikal tapi tdak di x-ray.
Bermulalah hari-hari terakhir suamiku di rawat d hospital.
Keesokannya kami bertolak ke Mekah Al Mukaramah.Alhmdulillah suami dapat ikut bersama menaiki bas.
Bas singgah d Bir Ali utk jemaah niat Umrah.
Suami telah niat bersyarat kerana keuzurannya.
Apabila smpai dipertengahan jalan,suami telah diambil dgn ambulans ke hospital King Aziz.Bermulalah perjalanan ku seorang diri di bumi Makkah.
Saban hari aku ke masjid berdoa utk kesihatan suami.Tengahari atau petang pegawai akan menemaniku ke hospital melawat suami.
Alangkah sedihnya melihat keadaan suami,jariyg patah terpaksa dipotong.Lukanya merebak hingga mengalami masalah pernafasan.Beberapa kali terpaksa masuk ICU.Sehinggalah waktu wukuf,suami dibawa ke Arafah menaiki ambulans.Maafkn ku kerana tak dapat menemani suami sepanjang masa.
Akhirnya luka kaki suami merebak hingga betisnya dipotong.
Saat utk pulang ke tanahair pn tiba.Alangkah sedihnya melihat kawan-kawan menaiki bas utk pulang.
Ya Allah jika itu yg telah ditakdirkn aku redha.Akhirnya tanggal 21 September 2017 hr Khamis,pkl 11 pagi suamiku telah pergi mengadap Illahi.
Ya Allah aku redha,sesungguhnya suami insan yg bertuah kerana meninggal di tanah suci.

Sungguh bertuah bagi jemaah yg dapat menunaikn haji bersama suami.Semoga Allah ketemukn suamiku di Jannah.Aamiin.