Semoga Allah meredhai perjalanan hidupku seterusnya.Kadang2 merindui saat2 bersama arwah
suami.Masakan tidak..setiap kali cuti saja mesti ada tempat tujuannya. Masihku ingat lagi setiap
hujung minggu suami akan mengajak kami sekeluarga beriadah di Taman Tasik Darulaman.
Waktu malam akan keluar bersiar2 dn makan.Cuti penggal pula mesti ada destinasi yg dkunjung.
Alhamdulillah sempat juga kami pusing hampir satu Malaysia.Begitu juga selepas pencen dari
mengajar..setiap pagi ada saja tujuan utk keluar kalau takpn saja2 keluar sarapan.Sesungguhnya
Allah lebih menyayangimu insan terpilih pergi dahulu mengadapNya.AlFatihah..