Monday, 24 December 2012

Senyumlah selalu kerana ia adalah satu cara bersedekah. Ia adalah satu cara utk meraih pahala dari Allah swt.

Kenapa ada orang yang payah senyum? Ada yg senyum hanya utk orang yg tertentu sahaja. Biarkan saja
manusia bukannya sama kan? Semoga Allah beri hidayah pada mereka.

Ada orang yang suka buat kerja di saat-saat terakhir. Alhamdulillah saya bukan tergolong dr mereka.
Seboleh-bolehnya nak siapkan segera sebelum dateline. Bukankah lepastu boleh relax taklah tension
dok fikir kerja yg tak siap.

Kadang-kadang ada juga kerja yang tak tahu nak buat tetapi alhamdulillah berkat doa ada juga insan
yang sudi menolong selesaikan masalah.

Selagi kita hidup banyaklah pancaroba yang akan kita tempuhi. Insyaa Allah berkat doa kita akan selamat
menjalani kehidupan di dunia hingga ke akhirat. Wassalam.  

Tuesday, 18 December 2012

Masa berlalu begitu cpat dah nak smpai hujung tahun 2012.Apa pencapaian tahun ini? Alhamdulillah apa yg

telah dikurniakn oleh Allah.Kesihatan , keluarga,  pekerjaan semuanya baik.Seronoknya pengalaman bercti

bersama keluarga Airfly Alor Setar -KL walaupn sekejap. Diharap tahun depan Allah permudahkn segala

urusan. Apa lg yang paling berharga kecuali kesihatan yg baik, keluarga yg bahagia, kehidupan yg dirdhai.

Segala masalah yg dhadapi dapat diselesaikn. Bersyukurlah pd apa yg ada jgn mengeluh pd apa yg tiada.

Sunday, 16 December 2012

Bijak dalam perbelanjaan,jangan ikut nafsu.Menabunglah untuk kecemasan.

Gunakanlah masa dengan bijak.Seimbangkan masa kerja dan masa rehat.

Istiqamah dlm menjlnkan ibadah,banyakkan zikir untuk ketenangan jiwa.

Lakukan tugas yang diberi dgn segera, jangan menangguh kerja hingga saat terakhir.

Sentiasa muhasabah diri dan tingkatkan kebolehan dan kreativiti.

Friday, 14 December 2012

Ok masa dah lapang bolehla sambung tulis. Mula-mula minat baca blog.Lepastu dah teringin nak tulis pla. Blog yang paling minat sekarang ialah tazkirah dan pengalaman umrah.InsyaaAllah bulan Mei 2013 akan pergi Umrah.Mohon Allah permudahkan segala urusan Amin

Thursday, 13 December 2012

Salam , alhamdulillah baru nk mula  blajar tulis blog.Saja nk hbiskan masa cti  sekolah ni.Seeloknya sblum nk tulis siapkan kerja d rmah dulu kn.