Tuesday, 1 December 2020

 Assalamualaikum ..lama dh x menaip.2020 dh hmpir ke hujung.

Bolehka mula merancang utk 2012? Rasa2nya tak perlukan.

Apa yg perlu dilakukn hanyalah berdoa.Ya Allah kau permudahkn

urusan kami di masa2 hadapan.Berilah kebaikan utk kami  di

dunia ini.Lindungilah kami keburukan.Bekallah kami dgn amal

ibadah utk persediaan mengadapMu.

2020 bakal berlalu.Semoga ujian covid akan ditamatkn.Cukuplah

selama 9 bulan ia menghantui kita.Ia cukup2 menginsafkn

insan2 yg tahu memikirknnya.Kuasa Allah telah menunjukkan

segala perancangan hanya akan berlaku dgn kehendakNya

sahaja..Kun Fayakun..Semoga kita istqamah dgn amal ibadah.



Friday, 31 July 2020

25Julai usiaku telah meningkat ke angka 60thn..Alhamdulillah..Dlm menjejaki

usia emas ku pohon Allah mengurniakn kesihatan yg baik supaya dapat terus

beribadah,bermusafir dn berdikari.

Aku bersyukur dikelilingi anak2 yg penyayang dn dapat menumpang kasih

Selagi ada  hayat.

Tiada lg teman hidup dapat menemani dikala sunyi..aku redha..

Semoga dapat ku teruskn hidup hingga ke akhir hayat selagi hidup

Masih ada.Sempena hr wukuf di Arafah ku panjatkn doa  agar aku

Dirahmati ,diberkati dn diredhai selalu..Aamiin.


Thursday, 25 June 2020

AssalamualAikum...lama sudah cuti coretan..patutnya mula cerita isu

Pandemik covid19. Dari 19 mac hingga 31 ogos 2020 negara isytiharkn

PKP,bersyarat hingga pemulihan.Semoga Allah angkatkn virus korona

Dari menyerang hambaNya.Walaupn ada hikmah  yg Allah berikn

Semasa Pkp diharap ia akan tamat segera.

Bermacam-Macam kerenah netizen mengeluarkn pendapat semasa

Pkp ni.ada yg betul,ada yg tularkn berita palsu.yang baiknya bannyak

Kelas2 pengajian dianjurkn secara online..Alhamdulillah..Sedihnya masa pkp

Tidak dapat sembhyang jemaah terawikh,balik kmpung beraya,tidak boleh

Merentas negeri lbih kurang 2 bulan.sekolah2 ditutup 3 bulan,pdp secara

Online.kasihan kpd yg hilang pendapatan dn pekerjaan walaupn

Kerajaan perihatin dgn memberi pelbagai bantuan.kehidupan mesti

Diteruskn dgn norma baharu.penjarakan sosial,hand sanitize,fask mask,

Beratur d pusat2 beli belah,hospital dsbnya menjadi rutin.warga emas dn

Kanak2 diberi keutamaan.Semoga Allah memelihara kita dr COVID19.

Aamiin.

Sunday, 16 June 2019

Musim haji tiba lagi...terus mengimbau thn 2017.Setelah setahun bersara tibalah masa yg ditunggu-tunggukn selama 10 thn..dapat melangkahkn kaki ke mekah al mukaramah menunaikn haji tanggal 30 julai 2017.
Sebak rasa hati saat melangkah pergi diiringi azan oleh jiran setaman.Semoga Allah merestui perjalanan ini.
Bertolak dr rumah waktu pagi dn terpaksa transit d Kelana Jaya yg menjadi sejarah bagi bakal- bakal haji bagi kali tahun terakhirnya.Tahun 2018 tempat transit beralih ke Movenpick Sepang.
1 pagi 1 Ogos 2017 pn tiba utk masa berlepas dgn MAS.Alangkah sedihnya tidak dapat duduk bersebelahan dgn suami disepanjang 8 jam penerbangan.
Alhamdulillah selamat mendarat di lapangan terbang Madinah AlMunawarah
Bermulalah ibadah ziarah dn ibadat bersama suami.Setelah seminggu menjalani ibadat pada suatu tengahari kelibat suami tdak kelihatan waktu makan di hotel.Hati ini positif mungkin suami iktikaf d masjid.Tibalah selepas asar masih tidak pulang.Hati dah tak sedap,terus bertanya pegawai bertugas.Alangkah sedihnya diberitahu suami berada di hospital Al Jefri,hospital TH di Madinah.
Lantas pegawai membawa melawat suami.Alangkah terkejutnya bila doktor memberitahu suami tak boleh berjalan kerana dua jari kakinya telah patah.
Lalu ku teringat sejak di tanahair lagi suami dah lambat berjalan.Rupa-rupanya ini lah sebabnya.Mungkin dia banyak kali jatuh motosikal tapi tdak di x-ray.
Bermulalah hari-hari terakhir suamiku di rawat d hospital.
Keesokannya kami bertolak ke Mekah Al Mukaramah.Alhmdulillah suami dapat ikut bersama menaiki bas.
Bas singgah d Bir Ali utk jemaah niat Umrah.
Suami telah niat bersyarat kerana keuzurannya.
Apabila smpai dipertengahan jalan,suami telah diambil dgn ambulans ke hospital King Aziz.Bermulalah perjalanan ku seorang diri di bumi Makkah.
Saban hari aku ke masjid berdoa utk kesihatan suami.Tengahari atau petang pegawai akan menemaniku ke hospital melawat suami.
Alangkah sedihnya melihat keadaan suami,jariyg patah terpaksa dipotong.Lukanya merebak hingga mengalami masalah pernafasan.Beberapa kali terpaksa masuk ICU.Sehinggalah waktu wukuf,suami dibawa ke Arafah menaiki ambulans.Maafkn ku kerana tak dapat menemani suami sepanjang masa.
Akhirnya luka kaki suami merebak hingga betisnya dipotong.
Saat utk pulang ke tanahair pn tiba.Alangkah sedihnya melihat kawan-kawan menaiki bas utk pulang.
Ya Allah jika itu yg telah ditakdirkn aku redha.Akhirnya tanggal 21 September 2017 hr Khamis,pkl 11 pagi suamiku telah pergi mengadap Illahi.
Ya Allah aku redha,sesungguhnya suami insan yg bertuah kerana meninggal di tanah suci.

Sungguh bertuah bagi jemaah yg dapat menunaikn haji bersama suami.Semoga Allah ketemukn suamiku di Jannah.Aamiin.

Monday, 11 December 2017

Tarikh2/ Tahun penting dalam hidup ku

25.07.1960 - tarikh lahir ku d kmpung Anak Bukit, Alor Setar, Kedah

01.01.1966 - mula alam persekolahan tadika d sk alor merah

01.01.1967 - memasuki alam sekolah rendah d sek st. nicholas school, alor setar,skolah

                     aliran inggeris,

01.01.1973- meneruskn persekolahan menengah d sek. yg sama aliran menengah

01.01.1976 - setelah lulus agak cemerlang dlm peperiksaan LCE ( PT3 ) tahun 1975

                     dapat sambung aliran sains tingkatan 4 dn 5

1977 -           menduduki peperiksaa MCE

10.02.1978 - arwah ayah meninggal dunia belum sempat result MCE keluar

1978 -           result kurang memuaskn terus bekerja sebagai salesgirl d Alor Setar  supermarket

1979-1980 - memasuki maktab perguruan sri pinang utk mendapat sijil guru

1981 -          mula tugas sebagai pendidik

1987-           memasuki alam rumahtangga

1993 -           berpindah ke selangor mengikut suami belajar d upm

1994-            lahir anak pertama setelah menunggu selama 7 tahun Alhmdulillah

1996 -           Alhmdulillah lahir anak kedua seorang putera

1997 -           berpindah balik ke kmpung halaman

1999 -           akhir sekali Alhmdulillah ank ketiga dlahirkn

2006 -           Awal tahun arwah ibu telah kembali

2013 -           mengerjakan umrah buat pert ama  kali

25.07.2016 - tamatlah profesyen pendidik selepas 35 tahun berkhidmat

2017 -          Alhmdulillah dapat panggilan haji

31.07.17 -    Bertolak ke Madinah Al Munawarah

21.09.17 -    Suami telah meninggal dunia  di hospital al nur, mekah setelah dirawat
                     selama 43 hari

24 09.2017 - Kepulangan ku ke tanahair seorang diri demi meneruskn amanat Allah

                     mendidik anak2ku menjadi insan yg cemerlang dunia dn akhirat
                     
                     InshaaAllah
                   




Thursday, 30 November 2017

Semoga Allah meredhai perjalanan hidupku seterusnya.Kadang2 merindui saat2 bersama arwah

suami.Masakan tidak..setiap kali cuti saja mesti ada tempat tujuannya. Masihku ingat lagi setiap

hujung minggu suami akan mengajak kami sekeluarga beriadah di Taman Tasik Darulaman.

Waktu malam akan keluar bersiar2 dn makan.Cuti penggal pula mesti ada destinasi yg dkunjung.

Alhamdulillah sempat juga kami pusing hampir satu Malaysia.Begitu juga selepas pencen dari

mengajar..setiap pagi ada saja tujuan utk keluar kalau takpn saja2 keluar sarapan.Sesungguhnya

Allah lebih menyayangimu insan terpilih pergi dahulu mengadapNya.AlFatihah..

Tuesday, 18 April 2017

Assalamualaikum, selamat membaca tulisan saya seterusnya.Alhamdulillah kursus asas dan

intensif haji telah beakhir.Semoga saya dapat manafaatkan semasa menunaikan haji nanti

inshaaAllah.Walaubagaimanapun kursus ulangkaji masih diteruskan sehingga ramadan ini.

Buat masa sekarang tumpuan diberikan kepada anak bongsuku yang akan melanjutkan

pelajaran ke IPT. Semoga anakku akan mendapat tempat yang terbaik inshaaAllah.

Ya Allah permudahkan segala urusan d dunia dan berikanlah kebaikan d dunia dan d akhirat

Ya Allah berikanlah kami kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaMu, permudahkanlah

urusan menunaikan haji, kurniakan kami haji yg mabrur inshaaAllah Aaminn..